Salam Perkenalan

Assalamualaikum..

Salam perkenalan dari saya. Saya merupakan seorang guru yang mengajar pendidikan prasekolah di SK Parit Rambai , Pontian . Saya mendapat pendidikan awal di SK Taman Ungku Tun Aminah dan SM Taman Ungku Tun Aminah. Mendapat Diploma Pendidikan di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang .Mula berkhidmat sebagai guru tahun satu dan tiga pada tahun 2006 -2007 di SK Taman Damai Jaya, 2008-2010 SK Taman Selesa Jaya sebagai guru prasekolah dan sekarang meneruskan kerjaya pendidikan di SK Parit Rambai. Saya mempunyai dua orang putera yang berumur 3 dan 6 tahun.


Thursday, 15 November 2012

Topik : Kemanusiaan


Tajuk yang dipilih untuk tugasan kali ini merujuk kepada Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan ialah kemanusiaan.

Tunjang kemanusiaan
Tunjang kemanusiaan member peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti, dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga member penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum di Malaysia.

Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di Prasekolah , Kandungan dalam Tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran.




Pakaian Tradisional Masyarakat India


Busana kaum india

Lebih dikenali dengan warna terang dan kaya dengan tenunan serta -sulaman benang emas,perak,labuci dan batu-batu permata. di hari perkahwinan:

  • Lelaki india memakai dhoti dilengkapi dengan turban
  • Wanita memakai sari yang digandingkan dengan choli ketat.
  • Wanita remaja mengenakan skirt labuh @lhenga yang dipadankan dengan baju pendek@choli.
  • Lelaki punjabi mengayakan dhoti atau kurta.
  • Wanita punjabi mengenakan salwar-khameez-dupata iaitu seluar dengan baju labuh yang disulam dengan benang emas.
  • Pada usia sekitar 12 tahun, kanak-kanak gadis india dipakaikan sari menandakan beliau sudah memasuki alam remaja.



Pakaian tradisional untuk orang lelaki masyarakat India 



Kurta
pakaian tradisional bagi lelaki kaum india.
kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.
kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.
kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi.
kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti.dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.


Pakaian tradisional untuk orang perempuan masyarakat India






Sari
sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang bergantung kepada individu yang memakainya yang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut,serta dipakai bersama choli@blaus yang berwarna sama atau setentang dengannya.
sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.
kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut.

Salwar kameez@baju punjabi
pakaian tradisional yang popular di kalangan wanita di utara india.
terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar di atas tetapi semakin kecil di bawahnya, serta tudung kepala yang sesuai warnanya.
wanita india juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai salwar kameez.


Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu


Busana Kaum Melayu

Baju tradisional Melayu merujuk kepada baju tradisional orang Melayu, terutamanya baju Melayu dan baju kurung. Selain itu, ia juga termasuk baju kebaya, celana, kain sarung, samping dan selendang.

Pakaian orang Melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses ubah ansur. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri, malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang India, Cina, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik

Pakaian kaum lelaki yang masih popular hingga kini ialah Baju Melayu manakala pakaian wanita yang masih popular termasuklah Baju Kurung,Baju Kebaya Panjang, Baju Kebaya Pendek, Baju Kurung Kedah dan Baju Pahang. Selain itu terdapat juga pakaian yang dianggap klasik seperti pakaian Puteri Perak, Cik Siti Wan Kembang, Baju Menora dan Baju Minangkabau.


Pakaian tradisional untuk orang lelaki masyrakat Melayu


BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk 'cekak' tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran bulat yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika Pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.



















BAJU TELUK BELANGA

Baju ini mula diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura dan tersebar luas sebagai ciri khas Johor khususnya pada abad ke-19. Ia juga dikatakan sejenis pakaian lelaki yang dikatakan telah direka oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1866 untuk meraikan perpindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga di Singapura ke Johor Bahru. Walaubagaimanapun istilah ini akhirnya menjadi ciri khas masyarakat Melayu hingga disebut selengkapnya 'Baju Melayu'.



Pakaian tradisional untuk orang perempuan masyarakat Melayu


KEBAYA

Baju kebaya biasanya dipakai oleh wanita Melayu dan Indonesia. Pakaian tradisional baju kebaya ini dikatakan berasal daripada kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Lama kelamaan baju kebaya diterima oleh masyarakat tempatan di Kepulauan Melayu. Di pulau Jawa, baju kebaya adalah dipakai oleh golongan-golongan bangsawan dan kerabat-kerabat pemerintah. Seterusnya, baju kebaya kemudiannya dijadikan pakaian rasmi pada zaman penjajahan Belanda. Wanita-wanita Eropah memakai baju kebaya sehingga kini dan mengubahsuainya kepadafesyen mengikut peredaran masa.

Selain baju kebaya biasa, terdapat juga baju kebaya yang dikenali sebagai baju belah kebaya panjang. Baju belah kebaya panjang ini ada berasal dari Johor. Pada asalnya, masyarakat di Johor adalah mewarisi baju belah kebaya panjang ini daripada kerajaan Johor-Riau pada suatu ketika dahulu. Baju belah kebaya panjang adalah sama dengan baju kebaya biasa cuma terdapat perbezaan sedikit daripada ciri-cirinya.

Baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali. Bahagian hadapan baju belah kebaya panjang adalah keseluruhannya menutupi anggota badan sehingga mencecah buku lali. Bahagian hadapan baju ini adalah terdedah dan ditutup dengan kerongsang. Pakaian ini juga dipakai dalam acara-acara rasmi ataupun dipakai pada majlis majlis keramaian.



BAJU KURUNG

Baju kurung adalah berasal dari negeri Johor. Pakaian ini merupakan pakaian tradisional kaum wanita Melayu. Menurut sejarah kewujudan pakaian ini, baju kurung dikatakan wujud dua ratus tahun yang lampau. Baju kurung dikatakan hasil kreatif Sultan Abu Bakar iaitu sultan Johor pada tahun 1866. Selain itu, ada juga cerita yang menyatakan bahawa baju kurung telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Baju kurung dikenakan oleh wanita-wanita di Melaka pada ketika itu.

Pada masa pemerintahan Sultan Abu Bakar, baju kurung adalah menjadi pakaian rasmi bagi wanita. Zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar pada ketika itu dikatakan telah maju. Oleh sebab itu, pemakaian pakaian rasmi di istana dan pejabat-pejabat kerajaan diperkenalkan. Hal ini termasuklah acara-acara rasmi dan protokol di istana.

Pada masa kini, baju kurung ditambah dari segi perhiasannya bagi menambah keanggunannya. Kebanyakan baju kurung diperbuat daripada kain sutera yang halus dan lembut. Baju kurung masa kini ditambah dengan manic dan disulam dengan benang berwarna emas bagi perhiasan baju kurung tersebut. Selain itu, bebagai motif warna juga digunakan bagi membuat corak pada pakaian baju kurung.

Baju kurung kini dijadikan sebagai pakaian rasmi kerajaan Malaysia yang dipakai oleh kakitangan di jabatan-jabatan kerajaan dan juga kakitangan swasta. Baju kurung dijadikan sebagai pakaian kebangsaan di Malaysia. Semua etnik di Malaysia dilihat memakai baju kurung ini walaupun dimana sahaja berada.



Pakaian Tradisional Masyarakat Cina


Busana Kaum Cina 

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kula Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan.

Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragamhias benang emas dan perak.

Kaum Cina merupakan kaum yang terdiri daripada pelbagai adat resam dan kepercayaan yang tersendiri. Kaum Cina juga mempunyai pakaian tradisional mereka yang dipanggil cheongsam ( perempuan ), Sam Fu ( lelaki ). Masyarakat Cina menggunakan kain yang berwarna merah bagi upacara atau perayaan yang diraikan dengan gembira. Ini kerana mereka bertanggapan bahawa warna merah membawa tuah. Manakala mereka menggunakan warna putih dam hitam bagi menunjukkan duka ataupun keadaan yang tidak baik. 


Pakaian tradisional untuk orang lelaki masyarakat Cina


SAMFOO
Samfoo adalah baju pendek yang biasanya dipadankan dengan seluar.
Pakaian ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan cina.
Lazimnya samfoo diperbuat daripada fabrik satin cina dan ditenun dengan motif-motif tertentu.


JUBAH LABUH
Jubah labuh dipakai oleh kaum lelaki cina.
Pakaian ini sesuai digunakan dalam majlis dan upacara tertentu.
Kebanyakan jubah labuh masih dihasilkan di China.



Pakaian tradisional untuk orang perempuan masyrakat Cina


CHEONGSAM
Pakaian tradisional bagi kaum cina perempuan ialah cheongsam.
Cheongsam ialah baju panjang selesa dan anggun.
Lazimnya, cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain.
Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan jenis kain lembut.




Kuih Tradisi Masyarakat Malaysia

Kuih tradisional masyarakat Melayu.





Kuih tradisional masyarakat Cina.




Kuih tradisional masyarakat India. 



Kuih Tradisi Masyarakat Malaysia II

Kuih Tradisional masyarakat Melayu : Kuih Seri Muka 


Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia.
Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.
Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.
Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.





Kuih tradisional masyarakat Cina : Kuih Bakul (Kuih Nian Gao)





Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol. Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" (年年高升)(niánnián gāoshēng) atau ringkasnya "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".



Kuih tradisional masyarakat India : Vadai Masala 



Vadai atau (vada, wada, vade), disebut 'Wah-dei', merupakan sejenis makanan orang India selatan. Terdapat dua jenis Vadai iaitu Ulundu Vadai yang diperbuat dari dal dan kentang. Terdapat juga hirisan cili hijau,daun kari dan bawang merah dicampurkan sekali.

Satu jenis lagi adalah Ulundu Vadai yang diperbuat daripada tepung beras dan berbentuk roda dengan lubang di tengah. Ulundu Vadai biasanya lebih sedap sekiranya dimakan bersama chutney atau kuah kari. Vadai perlu digoreng dengan minyak masak yang banyak.

Kemahiran Dalam Tunjang Kemanusiaan


Melalui proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan belajar pelbagai kemahiran sebagai contohnya melalui Tunjang Komunikasi , murid juga diajarkan kemahiran dalam bidang lain seperti tunjang  Kemanusiaan , penerapan nilai, fizikal dan kesihatan serta boleh juga dikaitkan dengan kreativiti dan estetika. Oleh yang demikian, saya telah memilih untuk menjawab soalan satu  iaitu penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran opsyen. Saya juga memilih tema Negara Saya dibawah Tunjang Kemanusiaan.


Berdasarkan Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan, kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun perlu menguasai dan boleh menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan . Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran serta nilai yang terkandung dalam enam tunjang utama pendidikan Prasekolah iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang kerohanian, Sikap dan nilai, Tunjang kemanusian , Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang perkembangan  Fizikal dan Estetika serta Tunjang Perkembangan Ketrampilan diri.  Keenam-enam tunjang tersebut telah disesuaikan berdasarkan kesinambungan dengan tunjang yang difokuskan dalam pendidikan sekolah rendah.   


Kurikulum Standard Prasekolah
 Saya  memilih untuk menyampaikan tajuk dibawah Tunjang Kemanusian. Tunjang Kemanusiaan merupakan Modul Bertema dalam pendidikan Prasekolah. Modul bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan enovatif. Modul bertema dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak.

Tunjang kemanusiaan
Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tunjang kemanusiaan, murid akan lebih memahami diri sendiri, hubungan antara diri, dengan keluarga, rakan, komuniti, dan alam semulajadi. Murid juga akan menyedari tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini dan seterusnya melaksanakan tanggungjawab ini. Pada masa yang sama, murid akan lebih memahami budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia dan seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti dan perayaan komuniti pelbagai kaum.
                                                       
                                                                                                      - Standard Kurikulum Prasekolah Kebangsaan-